Thursday, 24 November 2016

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Bismillah....


(Taaaarikkkk napasssss....lepassss...tenang hokkay...walaupon terlebih excited nak update ni)

23 November 2016 yang lalu mencatat sejarah pertama dalam hidup cik yani sebagai blogger! cik yani antara yang dijemput untuk siaran  "Media Sneak Peak" cerita Upin Ipin Jeng Jeng Jeng untuk program " Blogger Movie Day Out". Happy nya tak terkata. Paling manis sekali sebab cik yani boleh bawa Cik Wan dan anak-anak sekali.

Double happy sebab masa kami tengok cerita Rock Bro di IOI City Mall aritu, ada ditunjukkan iklan tentang tayangan Upin Ipin Jeng Jeng Jeng  ini. Anak-anak menjerit-jerit minta kami bawa menonton cerita ini. Kami janji kalau mereka behave kami bawa.  Tapi tak sangka pula boleh bawa tengok awal..Tayangan media gittew :)

Pada hari tersebut, kami sampai awal... punyalaaa excited. Hehehe... Setelah dapatkan tiket dan goodie bag, kami bawa anak-anak makan sebab penganjur kata ada masa lagi 45 min sebelum bermula. Siap makan, anak-anak mintak pop corn. Pada mereka, wayang dan pop corn tak boleh dipisahkan :) Tapi cik wan kata kita masuk dulu..nanti daddy beli kemudian. Tapi tak sangka pulak..sewaktu kami nak masuk ke Hall 2 tempat tayangan tersebut di adakan, telah tersedia pop corn dan juga air untuk setiap orang... ulang tulis..setiap orang!! Hahaha...Selalunya satu pop corn share dua orang.


Sebaik saja kami ambil tempat, tiba-tiba masuk lah maskot Upin dan Ipin. Memang riang ria gembira anak-anak tengok upin ipin masuk. Upin Ipin bagi kuiz sikit dan hadiah sebelum keluar untuk memberi laluan tayangan dah nak bermula.


Tayangan bermula...

Cerita tentang Akish, dan anak-anak yatim Rumah Makmur. Fitrah anak-anak memang bermain dan gembira. Akish dan kawan-kawannya juga begitu. Sampaiiiiilah terjadi satu peristiwa yang melibatkan "abang jahat". Akish sedih.  Akish sangat meminati Upin Ipin dan percaya Upin Ipin boleh membantu mereka.

Hehe.... nak tau apa jadi dan adakah Upin Ipin akan bantu Akish dan kawan-kawannya?? Kena lah saksikan sendiri di 121 pawagam seluruh negara bermula 24 November 2016.

Nak tau tak apa komen cik wan? Cik wan ni jarang menonton wayang. Kalau dia tonton lepastu mesti ada komen-komen tentang cerita tersebut. So ini part of the komen dari cik wan :
" Upin Ipin kali ini menampilkan elemen berbeza dengan Upin Ipin sebelum ini. Membuatkan kanak-kanak terbawa perasaan dengan elemen sedih dan ceria..Bila bahagian sedih memang boleh menitiskan ait mata tapi kemudiannya ceria dan gembira semula. Saya bagi 5 bintang untuk cerita Upin Ipin Jeng Jeng Jeng. Kali ini Upin Ipin memang banyak bermain dengan perasaan kanak-kanak dan seronok. Watak Akish banyak menghidupkan cerita ini. Memang sesuai untuk tontonan seisi keluarga"


Ha....teruja kan nak pergi tonton.. So, weekend dan cuti sekolah ni boleh la bawa anak-anak tonton Upin Ipin Jeng Jeng Jeng,,, Memang ada kelainannya.. Terutama watak-watak pelakon utama dan tambahan dalam cerita ini..Ehhh...lupa pula nak cerita... Pelakon Utama mestilah Upin Ipin kan..kemudian ada Puteri Balkis, ada Sara Ali, ada Gambit, ada Awie dan juga Remy Ishak..

Dah..dah...cepat pergi book tiket...kang penuh kanggggg :)

Layan gambar yeaaa 😍













Friday, 18 November 2016

Syabas Naim!!!

Bismillah,,

Dari semalam, Facebook dan Instagram cik yani tak putus-putus cerita tentang keputusan peperiksaan anak. Samada UPSR maupon periksa hujung tahun. Alhamdulillah..semua bangga dengan keputusan anak masing-masing. Sama lah dengan cik yani. cik yani puuunyaaalaaa bangga dengan Naim. Walaupon dia dapat no 24 out of 32 orang pelajar dalam kelas dia, tapi peningkatan peratusan dia naik mendadak. Dah tak ada C dah kat report kad dia. Semua A dan B sahaja. Dia ada lebih kurang 9 subjek.Peratusan dia dari 72% naik sehingga 80%. Huisshhh..no 24 dah 80 %..No 1 tu 100% agaknya kan..

Ok..kenapa kalini cik yani nak cerita tentang keputusan Naim?

Jengjengjenggggg..

Sebabnya..Wan Naim Idzhar ni budaknya saaaangatttlahhh aktif dan kreatif dalam bab "mengelat" segala arahan cik yani. Suka bermain. suka menyakat adik-adik dan kakak-kakak. Sampai pernahlah cik yani rasa give up sangat dengan dia. Sedih ooo bila ada rasa give up dengan anak-anak ni. Dia dahlah kecik lagik, baru 8 tahun kottt..dah nak rasa give-up. Memang tak patut!!!

Satu hari dalam pada sedang bersedih tu cik yani cuba renung semua kebaikan Naim. Cik yani lupakan semua kekurangan dia. Terserlah lah banyak benda baik tentang Naim. Naim tak pernah tinggi suara atau melawan bila cik yani marah dia. Naim rajin kemas rumah. Bilik dia sentiasa bersih. Naim pandai masak telor..sekurang-kurangnya masa cik yani demam haritu dia boleh bantu cik yani goreng telor untuk adik-adik dia. Tak ada lah adik-adik dia lapar. Naim banyak hafal surah-surah lazim. Naim tak tinggal solat. Dia rajin ke masjid untuk solat (walaupon agenda sebenarnya main dengan kawan, tapi dia akan solat laju-laju tinggalkan jemaah dulu baru main...ehhhh...jangan tengok keburukan dia).

Puas dengan senarai kebaikan dia, cik yani renung balik kekurangan diri ini sewaktu membesarkan dia. Naim dan adik-adik agak malang berbanding kakak-kakak mereka. Sewaktu kakak-kakak mula sekolah, cik yani surirumah sepenuh masa. Sentiasa bantu kakak-kakak dalam pelajaran. Sentiasa masakkan bekal untuk kakak-kakak. Balik sekolah je terus duduk rumah sampai malam. Petang masa untuk main. Tapi sewaktu Naim dan adik-adik baru nak kenal sekolah, cik yani dah mula kerja dengan cik wan. Sibuk sangat. Balik sekolah kena duduk pejabat sampai mama habis kerja. Lepas maghrib pergi makan. Sampai rumah dah malam. Penat sangat. Tak ada masa main kat luar..tak makan masakkan mama..tak buat homework dengan mama... Haishhhh...kesian anak-anak :(

Baru cik yani sedar. Bukan salah Naim. Memang salah cik yani. Jadi give-up on Naim memang tak patut sangat.

Cik yani mula panggil guru ajar mengaji di pejabat. Balik sekolah, sampai pejabat kena mandi dan mengaji. Hari jumaat balik awal, kena tusyen dengan cikgu matematik pula. Cik yani try my very best untuk sentiasa tengok pelajaran mereka.

Alhamdulillah... cik yani tak rasa Naim terlebih belajar sehingga pelajaran dia meningkat sebegitu rupa, Sebab dia memang tak lebih belajar pon. Main juga tak semakin kurang. Sama jee... Tapi yang cik yani perasan, hati dia semakin lembut sejak dia baca quran setiap hari.
Alhamdulillah.. Cik yani yakin itulah sebab keputusan periksa dia naik. Allah bantu dia sebab dia mengaji setiap hari sekarang :)

Alhamdulillah..

So kalau kita rasa nak give up dengan anak...let's check ourself and hubungan kita, anak dan Allah.. Nanti Allah bantu...mudah-mudahan




Naim dengan kakak dan sepupu dia.. (curi gambar dari FB sepupu cik yani ;P )

Thursday, 17 November 2016

Art Activity By Hobi

Bismillah..

"hobi" adalah satu tempat yang mana sekumpulan kanak-kanak berkumpul untuk melakukan kerja-kerja kreativiti bersama-sama. Ianya bukan sekolah dan juga bukan kelas untuk belajar. Cuma untuk beraktiviti bersama-sama.

"hobi" dipimpin sendiri oleh cik yani. Terdorong dengan rasa cintakan kanak-kanak serta kreativiti maka cik yani pon kumpulkan  komuniti cilik ini membentuk kumpulan yang cik yani namakan sebagai "hobi"

5 September 2016 yang lalu "hobi" telah pon memulakan aktiviti pertama selama 4 hari berturut-turut. Kumpulan pertama ini terdiri dari rakan-rakan sekolah anak-anak cik yani serta anak jiran cik yani. Aktiviti tersebut diadakan sempena cuti UPSR sekolah rendah.

Alhamdulillah..sambutannya agak luar jangkaan. Pada awalnya cik yani menghadkan cuma 6 orang satu kumpulan. Namun begitu kerana permintaan ibubapa cik yani akhirnya membuka ruang sehingga 11 orang sekelas.

Berikut adalah aktiviti yang kami jalankan sepanjang 4 hari tersebut :


Tarikh / Project :

5 Sept 16: stick art (my lovely chair)

6 Sept 16: stick art ( family frame)

7 Sept 16: paper art (my art board)

8 Sept 16: felt craft (key chain)


Memang seronok beraktiviti dengan komuniti cilik ini. Tak terasa masa berlalu. Insya Allah, di cuti sekolah akan datang cik yani akan sambung aktiviti di Hobi :)

Mereka bangga dengan hasil kerja mereka sendiri :)


Monday, 3 October 2016

Korea Fair

Bismillah..

Harini cik Yani nak cerita sesuatu yang luar biasa. Pasal Korea. Chewwahh.. empat lima tahun lepas pernah la verangan nak ke Korea kan.. Tapi..memang verangan je laaa.. Hahahaa..

Tahun ni sesuatu yang luar biasa telah berlaku. KOREA DATANG MALAYSIA kauuu!! Hahahaaa..

Sebenarnya di Hartamas Shopping Centre telah berlangsung KOREA FAIR dari 27 September 2016 sehingga 1 Oktober 2016. Bertemakan "Experience Korea", Korea Fair ini benar -benar membuatkan pengujung merasa seperti berada di Korea.

Sebenarnya karnival yang dirasmikan oleh Pengurus, Mr Alex Tan bersama dengan Tan Sri Datuk M Kayveas serta CEO Maryland Group, Mr Adam Leow adalah bertujuan untuk mempromosikan budaya, fesyen,  makanan dan gaya hidup orang Korea kepada masyarakat tempatan.

Kemuncak karnival ini adalah pertandingan Makan Samyang, megi pedas Korea yang menjadi kegilaan ramai masa kini. Fuhhh..dengar je dah berair hidung cik Yani ;)


Dalam pada itu,peminat kimchi boleh lah tengok demonstrasi buat kimchi. Balik nanti boleh buat sendiri ;)

Ada juga diperkenalkan permainan traditional Korea seperti Ddakji iaitu sejenis layang-layang Korea serta Tuho (main baling-baling lidi) kepada para pengunjung .

Haaa..kalau uols nak simpan stok makanan Korea banyak-banyak..haa..ini lah masanya.  Pelbagai jenis makanan Korea ada dijual disini. Pilih jee..




Fuhhh.. Berbaloi..takyah beli tiket ketebang :) Nak fefeling K Pop boleh lah selfie di Photo Booth yang disediakan. Memang Korea abes la rasanya. Memang ini lah tempatnya kalau betul-betul nak "Experience Korea"



Tuesday, 27 September 2016

Tanjung Malim: Pekan Tanjung Malim

Bismillah..

Saja jee nak separate entry kan..
Oh yea..sebenarnya cik Yani sedang cuba blogging melalui handphone ;)
Handphone Sony C2 ni dapat free dari customer merangkap supplier fotocopy machine pejabat kami. Hehe..so kita kasik test kehebatan handphone ini yeaaa...

So..jom sambung cerita. Ni sambung kisah Tanjung Malim tadi.
Balik dari piknik, cik Wan ajak kami bersiar-siar sekitar Pekan Tanjung Malim. peekannya tak besar sangat (kee sebab kami tak tau hala tuju..haha).
Pusing punya pusing.. Kami terjumpa port baik punya..hahaa..
Tempat ni bawah jambatan sebelah setesen KTM. Ada gerai-gerai comel yang makanannya semua sedap-sedap serta circuit go kart. Harga go kart pula memang berpatutan..RM10 untuk 3 lap. Adoiii..memang membuatkan anak-anak meronta-ronta laaa Nak naik go kart. Last-last mama daddy kalah..semua anak dapat sorang 3 lap..Happy je diaorang kan..
Habis go kart,kami pon bergerak balik Puchong sebab hari dah maghrib. Sehari kat Tanjung Malim tapi rasa macam seminggu.. Macam-macam yang kami buat. Seronok dan rasa tak puas..InsyaAllah suatu hari nanti cik Yani dan famili akan kembali ke sini lagi :)

Ps: Sorry yea,,kalini kurang gambar food sebab anak-anak excited nak main go kart.













Tanjung Malim : Kg Sungai Bill

Bismillah..

Bulan lepas (tarikh tak ingat), cik Wan ajak kami sekeluarga berjalan-jalan ke Tanjung Malim. Asalnya kami bercadang nak beli sebidang tanah di sana untuk dijadikan kebun. Kata cik Wan, kesian tengok cik Yani bercucuk tanam di tanah kecik setengah kangkang anak kera depan rumah tu 😂

Seusai jenguk tapak kebun tu, cik Wan bawa kami anak beranak berkelah di Sungai Bill. Tak jauh dari tapak kebun idaman kami tu.

Dah lama tak pergi berkelah..cik Yani rasa Sungai Bill ni memang tempat perkelahan yang menarik. Chalet-chalet kecil disediakan sepanjang tapak perkelahan dengan kadar sewa cuma RM30. Murah dan berbaloi!
Di luar setiap chalet ada disediakan meja makan untuk kita lepak makan bersantai-santai. Sungai nya juga selesa untuk kita bawa anak kecil mandi manda.
Bila pergi berkelah cik Yani akan pastikan tandasnya selesa untuk lepas hajat. Alhamdulillah.. Tandas kat sini selesa.
Ehh..cerita panjang tak guna..meh laa tengok gambar. Memang menarik laa untuk percutian singkat hujung minggu :)
















Sunday, 3 April 2016

Kawan Baik Saya

Bismillah

Post cik yani hari ni persis karangan zaman sekolah dahulu :)
"Kawan Baik Saya"
Macamana nak mula ni yea.. Erm..Ermm...ok macam ni... 

Beberapa minggu lepas cik yani mengalami satu mimpi yang sangat mengerikan. Mungkin mimpi itu terjadi rentetan peristiwa yang berlaku pada siang harinya. Hari itu cik yani rasa sangat penat. Kebetulan malam itu pulak ada terjadi sedikit salah faham dengan seorang saudara sampai berlaku ungkit mengungkit yang sangat menyakitkan hati cik yani. Jadi malam itu cik yani tidur dengan perasaan marah bercampur sedih sehingga terjadilah mimpi tersebut.

Dalam mimpi cik yani...

"Kawan cik yani, Peeja jumpa cik yani, katanya dia dah tak mau lagi berkawan dengan cik yani. Katanya cik yani jahat. Runtun sungguh hati cik yani. Sedih sungguh . Dia lah satu-satunya kawan yang sangat memahami cik yani selepas pemergian arwah Suhana. Kerana terlalu sedih, cik yani berlari ke kubur arwah Suhana dan mengadu disitu. Tersedu sedan cik yani menangis kesedihan.."

Jam 4 pagi cik yani tersedar dan masih ada sisa sedu sedan itu. Mimpi itu sungguh real dan ngeri. Ngeri sebab kehilangan seorang rakan tempat cik yani berkongsi banyak kisah.

 Petang esok nya cik yani pon mesej Peeja menceritakan hal mimpi itu. Katanya "insyaAllah perkara tersebut takkan berlaku" Leegaa betul hati cik yani. Untuk memastikan memang Peeja takkan tinggalkan cik yani, maka kami pon set time untuk next dating makan kami di Zawara ;)


Baiklahh...
Tadi cik yani menonton iklan Milo di youtube tentang bagaimana Rekha yang hampir berputus asa dengan sukan gimnas nya tapi Yasmin datang membawa aura positif dan memberi sokongan pada Rekha hingga akhirnya Rekha berjaya. Ucapan Rekha sewaktu menerima pingat kemenangannya sangat simple tapi padat. Katanya " Percayalah dengan orang yang mempercayai kita".

Untuk bergaul dengan rakan-rakan yang kita rasa jaaauuuuh lebih maju dari kita bukan sesuatu yang mudah. Arwah Suhana banyak membantu cik yani dari segi itu. Dia sangat percayakan cik yani dan kerana kepercayaannya lah cik yani yakin cik yani mampu bersaing dengan mereka2 yang lain. Tetapi kekadang rasa rendah diri itu membuatkan cik yani lupa yang sebenarnya ramai rakan yang baik di sekeliling cik yani. Contohnya, Peeja. Kami berada di sekolah rendah yang sama dan berada dalam satu unit pancaragam yang sama. Dan sebenarnya kami juga rapat sejak sekolah rendah. Kemudian sewaktu tingkatan empat kami bertemu kembali di sekolah menengah. Walaupon berlainan kelas tapi Peeja selalu datang kelas cik yani bersama seorang lagi senior kami, Zafrina. Mereka berdua pengawas. Dan mereka juga sangat baik. Tamat SPM kami terputus hubungan. Sehinggalah Allah menemukan kami semula di Facebook. Fast foward, kami menjadi semakin rapat. Kematian arwah Suhana menjadikan kami lebih menghargai satu sama lain.

Seperkara yang cik yani sukakan tentang Peeja, dia sangat sama dengan cik yani dalam banyak segi (terutamanya makan). Lahir dalam keluarga yang senang dan berpendidikan, keluarganya sangat humble dan layan cik yani sangat baik. Bila kami bercakap banyak kali terkeluar perkara yang sama. Dan setiap kali itulah Peeja akan cakap " Great minds think alike" :) Peeja juga sangat memahami kalau ada sesuatu megganggu pemikiran cik yani. (Nyah...kau baca kan? Jom makan)

Selain Peeja, ada juga beberapa rakan dan jiran yang sangat baik .Tapi hari ini cik yani cerita tentang Peeja sebab malam tu cik yani mimpikan dia. Hehehee...Cik yani nak ucapkan terima kasih kerana sudi menjadi rakan dan jiran yang baik. Cik yani sayang u ollss :)

Oklah..Dah Zuhur... Ingat, "Percayalah dengan orang yang mempercayai kita"


Inilah dia orang yang disebut2 tu.. Puan Peeja atau Puan Fareeza binti Fadzil