Friday, 18 September 2015

Patah tak Tumbuh yang sama, Hilang Tak Terganti

Bismillah..

Tiga minggu selepas sahabat cik yani , arwah Suhana kembali kepada penciptanya, rakan sekelas sewaktu sekolah dulu pula menuruti arwah Suhana. Mohd Fayzal bin Fauzi. Lelaki baik dan budiman yang cik yani kenali sewaktu sekolah dulu. Cik yani masuk Sekolah Menengah Subang Jaya sewaktu tingkatan 4. Ditempatkan di kelas 4 Maju, segalanya asing buat cik yani waktu itu. Janggal dikelilingi rakan baru. Mujur waktu itu ada beberapa rakan sekolah rendah yang cik yani kenal ada dalam kelas yang sama. Fayzal merupakan pelajar lelaki pertama yang tegur cik yani dalam kelas tu.

Dua tahun sekelas dengan arwah Fayzal, dia merupakan rakan dan pelajar yang baik.Tak banyak cik yani tau mengenai dia. Sebab dia pendiam.Dia lebih suka senyum dari berbual. Walaupon tak rapat namun cik yani tetap rasa dia menghargai kawan-kawan termasuk cik yani sebab dia pernah bagi cik yani kad raya. Waktu itu pelajar lelaki lain tak bagi kad raya sebab tak macho :)

Kehilangan dua orang rakan dalam waktu yang hampir serentak memberi impak yang agak besar dalam hidup cik yani. Pemergian mereka secara tiba-tiba membuktikan bahawa janji Allah tentang mati itu benar dan pasti. Kita yang masih hidup ini perlu lebih bersedia untuk menghadap Allah.

Tanggungjawab kita sesama manusia juga jangan kita abaikan. Sementara masih diberi peluang untuk bernafas, kita perlu lebih menghargai dan mengasihi orang yang terdekat dengan kita, keluarga dan rakan taulan.

Cik yani nak cerita tentang satu kejadian.

Beberapa malam lepas cik wan diserang sakit perut yang amat dasyat. Sampai berguling-guling dan hampir terkeluar mata menahan sakit. Minum air pon tak boleh. Semua tersembur keluar.

Allahuakbar. Perasaan cik yani malam tu hanya Allah yang tahu. Takut.Panik.Sedih.Semua ada. Cik yani bayangkan kalau Allah ambil pula cik wan malam tu apa nak jadi pada cik  yani. Sedih sangat tengok cik wan menahan sakit sebegitu. Alhamdulillah..menjelang subuh sakit cik wan beransur pulih. Sakit perutnya dah kurang dan boleh baring dengan tenang. Lega cik yani tengok cik wan dah bertenang. Tapi dalam hati Allah je tahu apa cik yani rasa. Dada ni bagai nak meletop.Mulut tak putus-putus berdoa pada Allah mohon Allah ampunkan kami dan pelihara kami sekeluarga.

Semenjak kejadian tersebut cik yani tak berhenti fikirkan tentang kami. Tentang bagaimana Allah boleh ambil kami bila-bila masa. Apa jadi pada anak-anak andai Allah ambil kami berdua serentak? Apa jadi andai salah seorang dari kami yang Allah ambil dulu?

Cik wan memang bukan suami yang romantik atau lelaki melayu terakhir dalam drama cinta melayu yang biasa kita tonton tu. Kadang-kadang (selalu ) dia agak menjengkelkan. Bergaduh setiap hari. Nak tunggu bunga..dah 12 tahun tak pernah dapat pon. Tapi kalau cik wan takde , siapa yang boleh faham apa yang cik yani nak tanpa perlu cik yani bagitau? Siapa yang boleh tahan dengan perangai kuat merajuk cik yani? Siapa yang boleh tahan dengan perangai garang cik yani? Siapa nak tolong cebok berak anak cik yani bila keluar berjalan? Siapa nak tenangkan cik yani masa cik yani sedih? Siapa yang tahu apa yang cik yani nak makan tengah-tengah malam? Siapa yang sangat memahami cik yani macam cik wan faham cik yani walaupon dia nampak macam kayu??

Namun begitu cik yani tetap kena faham cik wan, mama, anak-anak,adik-adik, keluarga dan kawan-kawan merupakan pinjaman sahaja dari Allah. Bila-bila masa mereka ni semua akan dijemput Allah samada sebelum atau selepas cik yani. Walaupon cik yani sangat menyayangi mereka. Cuma cik yani harap cik yani berkesempatan untuk bagitau kat semua orang yang cik yani sayangkan mereka dan sempat berbuat baik dengan semua orang sampai cik yani puas.

Orang kata yang patah tumbuh yang hilang berganti namun yang tumbuh dan yang berganti itu tetap takkan sama dengan yang hilang tu.

Semoga Allah ampunkan dosa kita semua.

semoga panjang umor dan panjang jodoh kita

semoga Allah rahmati persahabatan kita