Tuesday, 25 August 2015

Tibute to Suhana- Siri "Kau Memanggg"

Bismillah..


Semenjak cik yani nukilkan kisah Allahyarham Suhana, sahabat cik yani kat blog ni minggu lepas, cik yani dapat banyak mesej dari kawan-kawan arwah minta cik yani tulis lagi perihal arwah. Ada juga antara kawan-kawannya yang cik yani tak kenal pon.

Semalam genap seminggu arwah meninggalkan kita semua. Jadi cik yani decide nak cuba tulis beberapa siri "Tribute To Suhana" . Cerita-cerita dalam ni adalah cerita yang berlaku antara cik yani dengan arwah sepanjang kami berkawan selama 26 tahun. Moga-moga dengan cerita ini mengingatkan kita pada arwah dan jadi sedikit tauladan buat kita.

Ramai yang tau ayat faveret arwah Suhana adalah "Kau Memanggg". Ada beberapa tonasi "kau memang" tu. Hampir semua tonasi masih berlegar di fikiran cik yani ni. Paling tak boleh lupa bila dia mula " Kau Memanggg" tu mata tangan mulut semua seiring. Mata dia akan menjeling.Tangan akan naik ke atas sebelah..kadang-kandang sambil menunjuk jari telunjuk. Mulut akan sedikit muncung.. Mbahahaa.. Comel kau su!!

Dia akan keluarkan perkataan "kau Memang" tu bila..

1. cik yani gesel-gesel kat badan dia sambil mintak dia masakkan.. tonasinya sedikit lembut " kau memang!" sambil menjeling (wajib menjeling ) diikuti dengan ayat "pantang nampak aku mintak makan" dan beberapa siri ayat lain seperti "apa kau ada kat peti ais kau ni?" atau "bila kau nak ni?" atau "ye la..ye laaa..." (ayat akhir ni selalunya dia keluar bila cik yani dah buat muka sedih) . kikikiii

2. cik yani buat salah macam "suuuu...aku rasa aku salah potong kentang ni" maka tonasinya akan sedikit keras sambil datang kat cik yani dengan gaya mak-mak nak marah anak."Kau memangggggg!!!" wakakakaaa... masa ni cik yani akan larik jauh-jauh sebelum dia tukarkan cik yani dengan kentang tu..

3. Masa dia mekap cik yani, air mata cik yani berjujuran keluar walhal tak menangis ponn..kakakakaaa... pedih weiii main mata ni.. dah la garang minah ni masa mekap.. bila dah banyak air mata meleleh tu dia mula  "kau memanggg" tonasi penat. kakakaa..kesian kau su kena layan aku. Masa tu dia akan ambik tisu, lap-lap air mata lepastu tiup-tiup cik yani.

4. Cik yani tgh marah anak cik yani, dia biasanya tak masuk campur.Dia tengok je cik yani marah.Bila dah ok baru dia cakap "kau ni kan..memang laaa" di ikuti dengan kata-kata nasihat.. "jangan garang sangat dengan anak" dan seumpama nya. (Macam biasa, maklong ni memang kuat bebelkan cik yani)

5. Bila pergi makan dengan dia cik yani akan berselera betul. Kalau boleh satu kedai nak oder. Sebab biasanya dia bawak cik yani makan kat kedai-kedai yang enak-enak makanannya. Jadi segala mak nenek menu cik yani akan oder. Kemudian tak habis. Dia pon mula laa.. mula-mula jeling, tarik muka lepastu  "kau memangggg"

Itulah antara situasi yang membawa kepada "kau memang" tu. Harini cik yani pulak nak cakap..
  "kau ni memanggg tau Su.Aritu dah janji nak masak before 1 September tapi kau pergi dulu pulak. Kau memanggg tau Su...semua orang sayang kau. Bila kau pergi tinggalkan aku, semua orang tau aku sedih.Masa tu kawan-kawan kau yang baik-baik semua hantar mesej 'stay strong' kat aku. Kau memanggg tau... dah tak ada pon kau masih tak tinggalkan aku bersendirian.Masih kau kirimkan kawan-kawan kau untuk isi sunyi dan rindu aku pada kau. Kau memangggggg"

Kawan-kawan, jangan risau.Insyaallah..cik yani dah redho dengan ketentuan Ilahi. Hilang seorang sahabat baik namun cik yani masih punya suami, anak-anak,mak, adik-adik dan juga kawan-kawan lain. Cik yani masih sedih dan sunyi namun cik yani dah tak menangis sebab cik yani tau cik yani masih ada tanggungjawab lain yang perlu di lunaskan. Cik yani akan selalu kenang arwah Suhana dalam doa cik yani sebagaimana cik yani tak putus-putus doakan untuk arwah nenek, bapa dan adik cik yani. Mudah-mudahan Allah terus beri kekuatan pada Cik yani. Amiiinnn..

kasih sayang antara kami memang seperti saudara kandung :)

Thursday, 20 August 2015

Kisah Sahabat (Suhana Abdul Kadir , 14 Julai 1979 - 18 Ogos 2015)

Bismillah..

Ini kisah sahabat cik yani. Nama dia Suhana Binti Abdul Kadir. Cik yani dah berkawan dengan dia semenjak kami berusia 10 tahun. Waktu itu kami sama bersekolah di SRK Sri Subang Jaya. Rumah Suhana depan sekolah seirng menjadi "port"  cik yani dan kawan-kawan lain sewaktu menunggu sesi kokurikulum.

Sewaktu sekolah rendah kami tidak sekelas.Kelas Suhana bersebelahan dengan kelas cik yani. Tapi entah kenapa kami boleh menjadi rapat. Setiap kali ada sesi kokurikulum kami akan berehat, makan dan bersiap di rumahnya. Waktu tu Suhana ada seorang saudara yang bantu jaga dia dan adik beradik.Saudaranya itu bersuara kuat. Entah macamana laa cik yani dan kawan-kawan boleh fikir "orang gaji dia ni garang betul..nak call teledera laa..kesian Suhana " .Walhal masa tu Suhana ok je..takde pulak mengadu kena dera ke apa kann... Bila dah besar ni baru cik yani tau yang... "orang Melaka memang cakap kuat " . Hahahahaaaa... (padahal sama je..cik yani pon orang Melaka )

Sewaktu di sekolah rendah juga kami terlibat dalam kumpulan pancaragam yang sama. Cik yani main instrumen recorder, Suaha main Pianica dan drum. Kami seirng mewakili sekolah untuk beberapa pertandingan serta beberapa undangan. Bayangkann ehh... cik yani yang kelabu ni pakai uniform merah-biru dengan topi barret berbulu.. Hahahaaa.. Tapi uniform tu sangat cantik dengan Suhana yang putih persis cina tu.

Sewaktu di sekolah menengah, kami di pertemukan sekali lagi di Sekolah Menengah Subang Jaya. Waktu tu tingkatan 4.Suhana baru balik dari bersekolah di U.K selama 2 tahun. Cik yani pulak baru balik dari bersekolah di Kelantan.

Sebagai budak bukan "budak Subang ori", cik yani rasa janggal nak bergaul dengan "budak Subang ori" sewaktu sekolah menengah dulu. Dahla kelabu, comot, tak "hot" , tak pandai cakap orang putih. Memang rasa agak janggal (Biarpon kampung cik yani kat Bangsar) dan rasa rendah diri. Bukan sekali orang cuba mainkan cik yani masa sekolah dulu. Ada yang buat pandangan "iyeeeeewwwwww... u're not so Subang".

Tapi, the moment cik yani nampak Suhana, cik yani rasa macam lega  nyaaaa... Berkawan dengan Suhana buat cik yani rasa acah-acah berani nak kawan dengan budak Subang ni. Suhana tak pernah buat pandangan  "iyyeeeewwwww" tu pada cik yani. Suhana tak pernah gelakkan cik yani sewaktu orang lain gelak sebab cik yani tak faham lawak orang putih yang budak Subang ni buat. Walaupon tak semua budak Subang ni macam tu tapi yang segelintir ini lah yang buat cik yani rasa low self esteem. Tapi Suhana selalu suruh cik yani abaikan. Walaupon waktu tu cik yani tak pernah mengadu pada dia tapi dia faham cik yani.Macam zaman kecik-kecik dulu, Suhana akan bawak cik yani balik rumah dia, layan cik yani macam keluarga..

Sebab Suhana laa cik yani yakin nak kawan dengan budak Subang yang baik yang lainnya.. (Terima kasih buat Nazaha, Fareeza, Puteri,Muharra dan budak Subang yang baik yang lain yang sudi kawan dengan cik yani)

Hubungan kami tak tamat di Tingkatan 5.Selepas sekolah kami terus rapat.Suhana sambung belajar ke Australia. Tapi, bila dia balik Malaysia je, cik yani orang pertama tercongok depan rumah dia. Bukan kira dia jetlag ke apa ke..cik yani nak jumpa dia jugak. Teruk betul cik yani..hahahaaa..

Kami pernah beberapa kali pergi bercuti bersama. Tapi percutian ke Langkawi sewaktu berumur 20 tahun yang paling cik  yani ingati. Walaupon waktu itu ada famili cik yani sama tapi kebanyakan masa kami berdua je.Banyak yang kami cerita kan.Kisah masa silam,masa depan, macam-macam la. Banyak juga lagu kami nyanyi bersama.Paling seronok sewaktu ber-akapela nyanyi lagu Malam dengan Suhana. Bayangkannn... suara Suhana yang merdu tu dirosakkan oleh suara cik yani yang garau ni.Hahahaaa...

Suhana juga pernah beberapa kali menjadi juru solek cik yani. Kali pertama sewaktu prompt-night tingkatan 5. Kali kedua sewaktu annual dinner tempat kerja lama cik yani. Kali ketiga sewaktu cik yani bertunang dan kali ke empat sewaktu cik yani kahwin. Peristiwa lucu setiap kali di solek oleh Suhana adalah... menangis!Hahahaa... setiap kali mata cik yani di solek mesti cik yani akan menangis berjujuran air mata sebab pedih. Bengang betul Suhana waktu ni.Tapi dia tetap sabar menghabiskan kerja menyolek cik yani. Terima kasih Su. Sayang kau, sebab sabar make up aku banyak kali.

Selepas cik yani kawin, cik yani tetap carik Suhana.Suhana pandai masak.Lepas kawin, bila dia datang rumah cik yani dia yang kena masak untuk cik yani.Hahahahaaa... Kesian kau Su, dapat kawan "tangan bangku". Cakap je nak makan apa, Suhana akan masakkan dengan penuh kasih sayang (sambil membebel..ayat wajib- "kau memangggg")

Sekali sekala kalau cik yani sedih dengan cik wan atau terasa penat dengan anak-anak, cik yani akan cari Suhana. Macam biasa, Suhana akan jadik pendengar setia..sambil pujuk-pujuk manja lepas tu buat lawak sampai cik yani ketawa. Lepas tu macam biasa..dia akan membebel kat cik yani "kau memanggggg"

Beberapa bulan lepas Suhana sakit. Operate mata, operate kaki.Alhamdulillah Allah bagi peluang cik yani hiburkan Suhana beberapa kali sewaktu dia sakit. Kami keluar berdua, makan, borak. Kemudian kami kerap bertelepon.  Raya ketiga cik yani angkut adik beradik cik yani beraya di rumah Suhana di Melaka. Dia tunjuk balkoni ada paip kat tepi rumah. Katanya itu untuk mandi jenazah.

Beberapa hari sebelum puasa Suhana ada bagitau hasrat dia untuk menutup aurat penuh dan bertaubat. Katanya dia kena lebiih bersedia. Mungkin nyawanya tak panjang.

Allahurobbi.... Rupa-rupanya memang betul nyawanya tak panjang. Panggilan dari seorang kawan pada Isnin 18 Ogos 2015 yang lalu benar-benar meluluhkan hati cik yani. Siapa sangka Suhana akan dijemput Ilahi begitu cepat? Dia meninggal kerana komplikasi jantung sewaktu demam panas. Memang tiada air mata sewaktu terima berita tersebut.Sampai bilik mayat PPUM juga tiada air mata. Sewaktu mandikan jenazah juga tiada air mata tumpah. Tapi sebaik sahaja jenazah disolatkan.. Allahuakbar... "Su, sunyi nya aku rasa. Siapa aku nak mengadu nanti Su?Siapa nak make up kan aku utk kenduri anniversary aku nanti (ni angan-angan)? Siapa nak masak rendang kicap untuk aku Su? Siapa aku nak peluk masa aku sedih Su?"

Semua tu bermain dalam fikiran cik yani sampai hari ini, hari ke 4 pemergian Suhana. Cik yani temankan Suhana dalam van jenazah dari PPUM ke Melaka. Rasa macam tak mau berpisah dengan Suhana.

Allahuakbar.. cik yani dah tak mampu nak teruskan...

"Ya Allah ampunkanlah dosa Allahyarham, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia, ampunkan dia.Muliakan kedudukannya,luaskan tempat tinggalnya,mandikan dia dengan air salji dan air sejuk.Bersihkannya dari kotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran.Dan gantikan rumah nya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik.Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur serta jauhkan dia dari azab api neraka "

Rehat la sayang disisi pencipta mu.Moga kita bertemu lagi

Friday, 7 August 2015

Berangan nak bukak Playschool

Bismillah..

Tadi masa cik yani dok ngemas rumah tiba-tiba masuk satu roh eksaited..Hahahaaa...ayat..kusss semangatt!! Sebenarnya tetiba cik yani terasa macam nak buat semula home schooling macam cik yani pernah buat untuk Iman dulu. Tapi kali ni nak buat untuk Idham dan Irsyad. Cuma.. Kalini cik yani berangan nak buat dalam skala yang lebih besar, iaitu nak buat versi komersial. Wahh...berangan!!!

Baiklah...cik yani nak cuba buat "paper work" untuk Playschool cik yani..

Segmen Target :
  • Kanak-kanak berusia 2 tahun hingga 4 tahun ( terhad kepada 10 orang satu sesi)
Tujuan : 
  • Merangsang skill motor kanak-kanak 
  • Mempersiapkan kanak-kanak sebelum ke sekolah sebenar
  • Merangsang kemahiran bersosial seperti bekerja dalam kumpulan, kepimpinan dan sebagainya
Tempat : 
  • Rumah kediaman sebab berbentuk home-school
Masa :
  • 2 jam sehari  (9am - 11 am)
  • Isnin - Jumaat
Keperluan :
  • kerusi / meja kanak-kanak
  • alatulis termasuk pensil warna, cat air dan sebagainya
  • Permainan seperti blok, puzzle, bebola dan sebagainya
  • Bahan-bahan di rumah untuk diolah sebagai permainan
  • Peralatan berkebun
  • Kolam renang kanak-kanak
Sillibus :
  • Jadual akan di buat mengikut hari seperti  :
    • Isnin : Mewarna/ Melukis
    • Selasa : Baking
    • Rabu : Main air
    • Khamis : Berkebun
    • Jumaat : Membina (contoh : buat rumah kotak)
  • Pelajaran yang diajar semua "playing based" 
  • Akan di perhalusi mengikut keperluan semasa pelajar
Yuran :
  • Masih dalam perbincangan tapi mesti harga "mampu milik" supaya "now everyone can go playschool"

Haaaa.... amacam? dasat tak angan-angan cik yani? Arghhh...cik yani tak kira! Cik yani nak gak jadikan angan-angan cik yani ni satu kenyataan!!! Teruja mak nyaahhhhh!!!!

Tapi...agak-agak ada tak yang nak enroll kan anak kat cik yani?? hahahahaaa....Takpe..kalau tak de, cik yani akan buat untuk Idham dan Irsyad. Cik yani target bulan 9 ni nak start dah.. Kalau ada yang terasa nak join cepat contact cik yani yeaa!!! Sebab memang untuk permulaan ni cik yani tak nak ambil lebih dari 10 orang setudent.

Mudah-mudahan angan-angan kan jadik kenyataannnnnnn. Ameeennnnnn :)