PRU-13 (dari kacamata mama yang biasa-biasa jee)

Bismillah...

Wah!! Semalam hari yang penuh kehangatan..Buat yang tak tau atau tak ingat,semalam 5 Mei 2013 merupakan hari kita semua rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia..iaitu MENGUNDI!! Yeah... inilah masanya kita buat pilihan kerajaan mana kita nak "gajikan" untuk menerajui Malaysia ini..

So...sebagai rakyat Malaysia yang agak-agak perihatin,cik yani pon keluarla mengundi untuk kali pertama.Soalnya..kenapa baru kali pertama?Umor dah 34 kannn...Sebab cik yani baru jek daftar sebagai pengundi since 4 tahun yang lalu.Puncanya..masa umor cik yani 21 tahun dengan semangat yang jitu dan berkobar-kobar cik yani nak pergi daftar..Sampai kat tempat pendaftaran,bagik ic terus jawatankuasa tuh kata.."maaf ye dik..belia yang lahir dari tahun ... sampai ... belum boleh daftar atas dasar keselamatan negara" (cik yani tak ingat range tahun tuh tapi tahun lahir cik yani 1979 termasuk dalam range tahun tersebut).Untuk makluman waktu tu memang tengah galak laa Reformasi due to kes Anwar Ibrahim dan kontroversi lain-lain dek Cek Det kita..So memang ramai gila belia-belia yang bangun.Jadik mereka decide to block belia-belia nih dari jadik pengundi supaya kedudukan kerajaan waktu tuh tak tergugat.Yang mana daftar before blocking tuh oklaa... sempat lah dapat title pengundi berdaftar..tapi cik yani tak sempat..(cousin cik yani kata kalau depa tak block time tuh mesti BN dah jadik pembangkang sekarang ni) So time flies..beberapa PRU terlepas.. Last-last lepas PRU 12 tuh cik wan ajak cik yani gi daftar supaya PRU 13 ni tak terlepas lagik.

Pengalaman pertama sebagai pengundi..suspens kot...masa depa dah announce tarikh PRU lagik banyak gila soalan dah bermain dalam pikiran ni..tapi malas nak tanya..buat-buat kool jek.Bukan apa.. cik yani tengok kempen-kempen PRU ni macam sangatlah tak matang.Direct je la cakap.. Geng-geng BN sangat menjelekkan bila mereka dah mula keluarkan video-video seks,menyerang peribadi parti lawan,meniru manifesto-manifesto,memanipulasi beberapa isu agama dan perkauman..seolah-olah akal mereka sangat dangkal untuk membuat pertikaian dan perbandingan.Yang lebih jelek..wanita-wanita yang menyokong BN ni kadang-kadang tuh cik yani tengok tutup aurat pon tidak tapi dengan beraninya menempelak ulamak-ulamak.Adoilaa... apa laa nak jadik.Cik yani tiba-tiba jadik malu sendiri.Tapi tak la semua peyokong BN macam tuh..ada jugak yang boleh think wisely..tapi biasala yang wise-wise biasanya "save the best for last" bukan nak melalak tak bertempat macam tong kosong.

Tapi pihak pembangkang pon tak kurang jugak..Kebanyakan penyokong yang terlalu taksub tuh pon sangat menjelekkan cik yani.Kata menyokong PAS..Bukanke PAS tuh parti yang islamik..kenapa tak dilawan dengan cara islamik?Kenapa perlu sakarstik dan jadik seperti BN?Kenapa nak kena lawan dengan caci maki jugak?Pemimpin tak ada apa-apa tapi penyokong pulak yang lebih-lebih...

Memang keliru jugak la cik yani masa tempoh berkempen tuh.. mana nak pilih ni??Cik yani tengok sama jeek peribadi dua-dua pihak..jelek!! Sebenarnya yang jelek BUKAN CALON tapi PENYOKONG!! Entah apa entah... Nasib baik cik yani ada cik wan..Dia rajin buat kajian dan explain elok-elok kat cikyani. Tiap kali cik yani tak mau dengar hal-hal politik cik wan akan cerita elok-elok dan explain dengan tenang apa situasi yang sebenar.. Macamana nak buat pilihan..siapa betul dan siapa salah..dan dia relate wisely isu-isu berkaitan agama dan perkauman ni..So akhirnya cik yani dapat jugakla clearer picture.. =)

Ok..tiba hari mengundi..suspens kot.Tengok orang ramai.. cuaca tak berapa kool,bangunan sekolah 4 tingkat yang penuh setiap tingkat..Alamak...boleh ke cik yani lalui semua ni?Dengan bawak baby 32weeks dalam perut,kaki yang selalu cramp, pinggang yang dah 2-3 ari bagai nak patah (tempat bius lama akibat 2 operation yang lepas amat menyakitkan lately),anak-anak yang ramai ni lagik... Ok..lagik sekali cuba buat-buat kool..tarik nafas..baca doa..mintak tolong kat Allah bair permudahkan semuanya..

Alhamdulillah..Kemudahan pertama, adik perempuan cik yani tak mengundi sebab lambat daftar so anak-anak speacially si kecik Idham tuh boleh tinggal dengan dia dalam kereta..at least tak panas dan dia boleh bawak budak-budak tuh gi jenjalan kalau boring.Yang kedua,sampai tempat semakan tak ramai orang.Terus dia suruh que kat lorong untuk saluran 5&6.Masa tengah que tuh lorong untuk saluran 2&4 tak ada orang,petugas tuh terus panggil cik yani dan cik wan.Dapat kertas nombor tuh dia suruh naik ke tingkat 4. Haaa... tang ni memang tak larat.Bayangkann... umah cik yani 2 tingkat ni pon dah jarang-jarang panjat tangga ini pulak tingkat 4...Adoila...Bismillah..panjat pelan-pelan...berenti-berenti...last-last sampai jugak.. Perghh... peluh bagai nak rak..nafas dah laju-laju,mata pon dah berpinar..nak ke tandas tapi tandas lak tak ada air...Nasib baik botol air Herbalife 2L ada kat tangan.Tuh pon air dah tinggal separuh. Lagik sekali buat-buat kool... tapi muka dah macam kesian gila.Cik wan terus pergi jumpa pegawai SPR.Tanya tentang kemudahan ibu mengandung..Allah mudahkan lagik..tak banyak soal pegawai tu terus jek datang kat cik yani dan eskot terus ke depan.Sampai depan dia announce kena dulukan wanita mengandung..Alhamdulillah.. beratur tak sampai 5 minit dah setle mengundi.Terus turun bawah tunggu cik wan dan mama pulak...

Malam... masa untuk tunggu keputusan.Kami decide lepak umah adik jek sebab mama ada kat sini... hmm... bab ni lagik satu ujian... Kat TV memang lambat dan tak update langsung...So cik yani update ikut internet je.. Pukul 1 pagik keputusan rasmi dah dapat.BN menang lagik?? Ok.. sepanjang menunggu keputusan cik yani rumuskan cenggini yea... keputusan dahla lambat, awalnya 7 negeri dah menang banyak kerusi PKR.Tiba-tiba isu blackout, recounting dan sebagainya timbul.Internet terhenti maklumat sekitar jam 11 malam.Rupa-rupanya hampir jam 1 pagi dikatakan BN dah bolot banyak kerusi?Ait..?Macam pelik jeee....
Along the way tuh ada lak laa isu pengundi hantu, bangla,indon segala laaa... Hm.. ini la yang amat memalukan cik yani sebagai rakyat Malaysia..Apesal laa jadik macam election nak pilih ketua pengawas peringkat sekolah rendah lak jadik nya...Macam sangat tak matang dan macamlaa rakyat ni buta... Hm...

So pagini cik yani decide...lantak la korang.Yang masih nak mencela orang  tu go on!Itu hak korang.. cik yani ada tanggungjawab lain yang lebih besar...bantu orang jadik sihat!Tapi cik yani nak buat sikit catatan kat sini sebagai kenangan PRU pertama cik yani.. Semoga Allah membantu kita semua...Ingat seperkara.. nak berterima kasih bukan kepada kerajaan.. tapi kepada Allah..nak pertahankan bukan bangsa Melayu tapi agama Islam..nak berkempen biarlah berilmu dan beradap..Harapan cik yani biarla kerajaan yang dah dapat amanah rakyat ni jalankan tanggungjawab anda kerana Allah..hentikan segala hanky-panky,tadbir negara ikut Quran..Semoga next PRU takada lagik kejadian yang memalukan dan BN jadik lebih mantap dari pimpinan dan amanahnya..bukan pakai RM je nanti yea... Ingat..Allah Maha Adil dan Maha Melihat...

Gambar-gambar yang sempat cik yani rakamkan:

calon tempat cik yani mengundi


cepat jek selesai.. tak sempat nak amek gambar long que

perang bendera..meriah tempat cik yani bermain dulu


cik wan dah selesai ngundi



kat puchong gelombang hijau lak


pemuda-pemuda rempit berpakaian dan berbendera umno buat bising  dan ganggu lalulintas



Post a Comment

Previous Post Next Post