kami...

Bismillahirrahmaanirrahiim...
Nama saya cik yani dan suami saya cik wan.Kami telah pon 8 tahun berkongsi kasih,jiwa,cinta dan juga rindu dendam.Sebelum kami ambil keputusan untuk berkongsi ni,kami merupakan sepasang sahabat karib yg sangat best.Tak terfikir pon masa tu kami akan berkongsi jiwa akhirnya sebab antara kami langsung tak ada persamaan kecuali kami hormat pendirian dan perasaan antara satu sama lain.
Dua tahun pertama berkongsi hidup dengan cik wan agak hambar sebab kami tidak dikurniakan anak dan kami cuma habiskan masa dengan bekerja.Masa tu tak terdetik pon nak dating puas2.Tapi kami seronok la dengan hidup kami masa tuh walaupun agak sunyi.
Sebulan sebelum anniversary perkahwinan kami yg ke 2 Allah kurniakan kami seorang bayi perempuan yang sangat comel.Kami namakan dia Nurin Iman.Dan pada hari ulangtahun perkahwinan kami yg kedua satu lagi 'hadiah' besar dari Allah,iaitu saya disahkan mengandung 8 minggu walaupon sebelum itu doktor kata saya tak blh mengandung dlm masa 4 thn lagi kerana masalah cyst saya. (Jgn keliru,Nurin Iman adalah kurniaan Allah kepada kami melalui rahim wanita lain dan disusukan dgn susu saya dan adik kandung saya).
Diringkaskan cerita, perkongsian jiwa raga dan segalanya dengan cik wan akhirnya jumlah anak kami setakat ini adalah 5 ORANG!! Bermula dengan Nurin Iman,Nurin Izzah,Naim Idzhar, Nurin Inas dan Naim Idham.
Seronok tapi agak meletihkan.Setiap hari kami belajar benda baru melalui proses mendidik dan membesarkan anak2 kami...
Semoga Allah bantu kami sewaktu kami menjaga amanah-Nya.
kami... bersama arwah nenek di hari raya terakhirnya

Post a Comment

Previous Post Next Post